KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) telah melantik Wan Enderi Mohd Saad sebagai Pengurus Besar Hotel Movenpick dan Pusat Konvensyen KLIA berkuatkuasa 4 Januari lalu.

Menurut TH menerusi kenyataan hari ini, Wan Enderi mempunyai pengalaman melebihi 20 tahun dalam industri perhotelan serta hospitaliti.

Sepanjang kerjaya, beliau pernah bertugas di beberapa hotel terkemuka dalam dan luar negara.

Pemegang Executive MBA of Entrepreneur Hospitality & Tourism Administration & Management itu memulakan kerjaya sebagai Pegawai Khidmat Tetamu sebelum menyandang jawatan pengurus besar.

Beliau menyertai Kumpulan Accor pada tahun 2011 sebagai Pengarah Operasi Bilik di Pullman Putrajaya Lakeside sebelum dilantik sebagai Penolong Pengurus Eksekutif di Ibis Styles KL Fraser Park pada tahun 2013.

Beliau kemudiannya dilantik sebagai Pengurus Besar buat kali pertama di Avangio Hotel Kota Kinabalu, yang juga dibawah naungan Kumpulan Accor seterusnya menyertai E&O Residences, Kuala Lumpur sebagai Pengurus Hotel sebelum berpindah ke Thailand sebagai Pengurus Besar Impiana Resort di Koh Samui.

Beliau kembali menyertai Kumpulan Accor untuk pelantikan baru sebagai Pengurus Besar Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA.-MalaysiaGazette