MGNews : Orang Tak Keluar, Sehari Cuma Dapat RM5 Sahaja – Pemandu Teksi

Meskipun pelbagai sektor dibenarkan beroperasi pada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 kali ini, namun mencari rezeki sebagai pemandu teksi tetap dilihat tenat.

Bagi Abdul Karim Abu Bakar,64 tahun, meskipun bersyukur dengan bantuan sekaligus atau one-off sebanyak RM500 kepada pemandu teksi daripada menerusi Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) namun beliau perlu mendedahkan bahawa jumlah itu hakikatnya jumpa itu hanya cukup untuk membayar sewa teksi sahaja.