Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) nampaknya belum berpuas hati dengan pelaksanaan Proklamasi Darurat yang dilaksanakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Terbaharu, bekas Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari mendakwa disebabkan pelaksanaan itu, Muhyiddin telah melakukan dua kerosakan kepada negara.

“Tan Sri Muhyiddin telah melakukan dua kerosakan pada negara, khianati mandat rakyat melalui kerajaan pintu belakang dan darurat selepas hilang majoriti,” katanya dalam Twitternya hari ini.

Pengerusi PH Melaka itu merujuk kepada pelaksana Proklamasi Darurat pada 12 Januari lalu selepas Istana Negara mengeluarkan kenyataan bahawa Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memberi perkenan Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan sehingga 1 Ogos 2021 sebagai langkah proaktif membendung wabak Covid-19.

Muhyiddin menjelaskan bahawa Jemaah Menteri telah menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk mengeluarkan proklamasi darurat bagi seluruh negara mengikut Perkara 150 (1) Perlembagaan Persekutuan berkuat kuasa mulai 11 Januari hingga 1 Ogos 2021.

Antara lain, Perkara 150 (1) memperuntukkan bahawa Yang di-Pertuan Agong boleh mengisytiharkan darurat jika baginda berpuas hati suatu darurat besar sedang berlaku menyebabkan keselamatan atau kehidupan ekonomi atau ketenteraman awam dalam Persekutuan terancam.

Dalam pada itu, Adly turut membidas kedudukan terkini kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dilihat sudah tidak mempunyai majoriti.

Adly berkata, kerajaan PN telah memiliki kuasa mutlak selepas pelaksana Proklamasi Darurat.

“Dari sebuah negara demokrasi, Malaysia menjadi negara Autokrasi, dipimpin oleh PM Minoriti yang punyai kuasa mutlak. Malaysia bergerak kebelakang,” kata beliau lagi. – MalaysiaGazette

5 Komen

  1. Bodoh tak habis2..camne la blh ld mb dulu.. oo lupa..naik dulu sbb menipu rakyat dgn manifesto yg x mampu nak buat..skrg masih nak menipu lg..cukup2 la pecah belahkan org melayu..anjing2 ni semua menyalak sbb dah mkn duit dgn toke2 cina yg disokong tun n kepala babi LGS n LKS..nak kuasa balik supaya blh bg toke2 ni projek sbb dah mkn duit

  2. Din lembab bab bab klntong mmg cekap… Darurat politik pelepas tngkok drpda kna guling dgn set2 umno

  3. Ph dulu lagi bnyak rosak yg di buat pd negara…sembang lu org je betul…Mase dapat kuasa Lupe rakyat..sekarang konon berjuang utk rakyat…Pui punya ph…

Comments are closed.