Nora Danish memegang plakad pada Pelancaran Kempen Anti Buli Siber dan Berita Palsu di KLPAC, Sentul. foto FAREEZ FADZIL, 17 APRIL 2018.

KUALA LUMPUR –  Pekerja rider atan penghantar barang merupakan antara golongan yang khidmat mereka amat diperlukan ketika Perintah Kawalan Pergerakan ketika ini.

Menyedari betapa pentingnya tugas dan keselamatan mereka, nasib golongan itu mendapat perhatian pelakon Nora Danish yang tampil memberi pesanan buat mereka supaya membuat caruman dengan badan perlindungan keselamatan seperti Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

“I just think that I needed to share this too. Kepada rider-rider yang gigih bekerja terutama time PKP ni , pagi petang siang malam untuk sara kehidupan, jangan lupa membuat caruman (Perkeso) ok?

“Kami sayang anda. Dan anda harus sayangi keluarga anda,” tulisnya menerusi satu hantaran di Instagram.

Sementara itu, pelakon berkenaan turut berkongsi mengenai dirinya yang pergi mengambil barang daripada rider.

“Selama ini bila order apa-apa, Kak Ha yang turun ambilkan barang. Semalam Nora sendiri turun, tengok kusut masai lunyai dah rider-rider sibuk menghantar barang sana sini untuk keperluan kita semua,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast