Azalina Othman Said
Azalina Othman Said

KUALA LUMPUR – Selepas Tan Sri Annuar Musa, menyusul pula Datuk Seri Azalina Othman Said menolak permohonan Setiausaha Agung UMNO supaya ahli-ahli Parlimen parti itu menyokong segera diadakan persidangan khas Parlimen untuk membincangkan isu berkaitan Ordinan Darurat.

Dalam surat balasan kepada SUA UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan hari ini. Azalina yang juga Timbalan Speaker Dewan Rakyat merujuk kepada Fasal 14(1) Ordinan Darurat yang baru sahaja dimasyhurkan oleh Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini.

Katanya, dalam peruntukan itu Parlimen hanya boleh dipanggil sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Seri Paduka Baginda.

Surat SUA UMNO Menderhaka Kepada Agong, Bersekongkol Dengan DAP, Anwar #MGFLASH

Oleh itu, menurut Azalina, pada hemat beliau, kebarangkalian baginda memanggil satu persidangan Parlimen dalam masa terdekat atau membatalkan Proklamasi dan Ordinan Darurat sangat tipis.

“Sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat, saya adalah antara orang yang paling mengutamakan dan berpegang teguh pada prinsip demokrasi berparlimen.

“Walaubagaimanapun terdapat isu-isu perundangan yang wajar dan perlu dipertimbangkan dengan lebih mendalam lagi sebelum saya dapat memberikan persetujuan saya kepada isu tersebut.

“Lebih-lebih lagi kerana isu tersebut menyentuh tentang kuasa dan budi bicara Yang di-Pertuan Agong di bawah Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Mengulas lanjut, Azalina berkata, walaupun Proklamasi Darurat tidak boleh dicabar namun masih ada cadangan alternatif yang boleh dikemukakan termasuk penubuhan Majlis Khas Parlimen (bipartisan) bagi menasihati baginda.

Nasihat tersebut, katanya, berkaitan hasil pemantauan, penilaian dan perbincangan isu-isu berkaitan hak asasi manusia dan kebebasan rakyat di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Majlis tersebut, menurut beliau, boleh terdiri daripada ahli-ahli Dewan Rakyat dan Negara dari parti kerajaan dan pembangkang serta diberi kuasa untuk memanggil rakyat bagi memberikan pandangan, input dan cadangan.

Berita lanjut menyusul. – MalaysiaGazette

 

1 Komen

  1. Takpa. Kasi ja juak juak pemimpin bentan dalam UMNO tunjuk kelaku masing masing dahulu. Kami perhati saja skang ni. Mudah nak buat pilihan kelak. Kalau dok sorok2 perangai tamak yg sebenar, dah ngundi baru keluar perangai tu, memyesal pun tak guna.
    Nahh.. sekarang diorg sendiri tunjuk perangai sebenar mereka. Mmg juak juak pemimpin UMNo sekarang layak ditolak masa PRu 15 nti.

Comments are closed.