Dr. Mohd Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Tertinggi UMNO yakin parti itu tidak akan luput atau reput sebaliknya kekal wujud kerana ia adalah parti akar umbi.

Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi menegaskan, UMNO pernah diharamkan malah parti itu pernah ada Team A dan Team B.

Tidak cukup dengan itu, UMNO juga melahirkan beberapa parti serpihan bahkan UMNO juga sudah ada pengalaman kehilangan kuasa.

“Apakah UMNO luput?” soalnya yang mengulas kenyataan Tan Sri Annuar Musa yang mendakwa UMNO akan luput jika salah pilih pakatan parti politik pada PRU-15 nanti.

Kata beliau lagi, atas alasan itu juga UMNO tidak mahu bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang didakwa ‘menikam’ UMNO dari belakang.

Selepas 11 bulan bersama Perikatan Nasional (PN), Bersatu adalah kawan yang tidak jujur, kata Puad.

Dakwanya lagi, pemimpin Bersatu – Datuk Seri Hamzah Zainuddin, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mndendangkan naratif “No Anwar No DAP” untuk mengelirukan ahli UMNO dengan matlamat UMNO berpecah dan  tidak tinggalkan PN.

Dalam pertemuan ketua bahagian dan Mesyuarat MT lalu tidak berbangkit pun isu Anwar dan DAP.

Jelas, katanya, Annuar mahu UMNO bermain dalam ‘galerinya’.

”Sebab itu Keputusan menggugurkan Annuar sebagai Setiausaha Agung BN amat tepat. Bersatu kehilangan senjata yang boleh pecahkan UMNO dari dalam.

”Jangan hairan satu hati nanti Annuar akan naik pentas Bersatu seperti mana Muhyiddin naik pentas DAP untuk menyerang UMNO.

”Sebab itu apabila Muhyiddin mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk isytihar darurat, Annuar mungkin bertepuk puas kononnya UMNO kena checkmate,” katanya.

Mohd Puad berkata, Annuar akan terus menghentam UMNO dan tidak akan berhenti untuk mencari kepuasan diri tetapi Annuar juga tahu UMNO akan terus kekal wujud.

”UMNO adalah parti akar umbi. UMNO tidak akan mereput,” tegasnya.

Mohd Puad berkata, UMNO hanya boleh dihapuskan melalui undang-undang dan pada 25 Januari ini Mahkamah Persekutuan akan memutuskan permohonan 16 orang bekas ahli UMNO supaya UMNO dibubarkan.

”Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan sudah menolak permohonan mereka. UMNO sudah pernah diharamkan. Insya Allah UMNO tidak akan luput atau reput,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. UMNO mereput sbb ad org mcm Puad ni la…lagak ckp besar…mcm Puad ni je yg betul…bertanding dulu kt batu pahat tengok menang x..sembang lebih..org benci UMNO sbb pemimpin mcm ni la..

  2. TERBAIK,
    Teruskan berjuang Datuk Puad,
    bangsat 1 perlu dihukum pada pru15,
    jgn sesekali beri nyawa dan bekerjasama dgn bangsat 1,
    UMNO kena kuat dan teguh kalau betul nak ajar bangsat 1

Comments are closed.