Jeff dan Lauren Lowe bersama harimau yang dipelihara mereka. foto Agensi
OKLAHOMA CITY – Pemilik baharu Zoo Oklahoma yang dipaparkan dalam dokumentari Tiger King Netflix telah diperintahkan untuk menyerahkan semua anak harimau dan ibu mereka kepada Kerajaan Persekutuan.
Kes tersebut dikemukakan terhadap Jeff dan Lauren Lowe, pemilik Zoo Eksotik Greater Wynnewood.
Mereka dituduh melanggar Akta Spesies Terancam dan Akta Kesejahteraan Haiwan.
Lowe adalah bekas rakan perniagaan Joe Exotic.
Eksotik atau nama sebenarnya Joseph Maldonado-Passage kini menjalani hukuman 22 tahun kerana terlibat dalam plot pembunuhan kontrak dan penganiayaan haiwan.
“The Lowes telah melakukan pengabaian kesihatan dan kesejahteraan haiwan mereka, selain melanggar undang-undang,” kata pemangku penolong jaksa agung Jonathan D Brightbill dari Jabatan Kehakiman.
Kedua-dua Jeff dan Lauren Lowe muncul di Tiger King.
Mahkamah mendapati pasangan itu “gagal memberikan keadaan yang selamat, pemakanan yang betul, dan perawatan veterinar tepat pada masanya mengakibatkan bahaya kepada sejumlah haiwan, termasuk kematian dua ekor harimau  kurang dari seminggu”.
Malah, mahkamah menolak dakwaan Lowes mereka bukan “peserta pameran” di bawah Akta Kebajikan Haiwan kerana zoo masih dalam pembinaan.
Joe Exotic telah meminta pengampunan daripada Presiden Donald Trump. – MalaysiaGazette