MGNews : Bekas Pegawai MAFI Mengaku Tidak Bersalah Terima Suapan RM100,000

SHAH ALAM – Bekas Ketua Penolong Setiausaha Kanan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan menerima suapan.

Tertuduh, Shahrulzaman Jaafar, 43, menghadapi dua pertuduhan rasuah, iaitu menerima suapan berjumlah keseluruhan RM100,000 berhubung tender pembekalan dan penghantaran baja, tahun lalu.