Ismail Sabri Yaakob

KUALA LUMPUR – Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Selangor, Pulau Pinang, Melaka, Johor, Sabah, Kelantan dan Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur, Labuan serta Putrajaya dilanjutkan hingga 4 Februari depan.

Perkara itu dijelaskan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob apabila memberitahu, ia susulan penilaian risiko dan nasihat daripada pihak Kementerian Kesihatan (KKM).

“Berdasarkan penilaian risiko Kementerian Kesihatan (KKM) masih berlaku peningkatan mendadak kes Covid-19 di tujuh negeri yang dikenakan PKP lebih awal sebelum ini.

“Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini bersetuju melanjutkan PKP di tujuh negeri ini.

“Kita seragamkan tarikh tamat dengan negeri lain yang baru diumum minggu lepas,” katanya pada sidang media Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini. – MalaysiaGazette