Cristiano Ronaldo berjaya menjaringkan gol sekali gus membantu Juventus memenangi rekod Piala Super Itali ketika menentang Napoli pada rabu lalu. foto agensi

MILAN – Cristiano Ronaldo telah mencatat sejarah sebagai penjaring gol terbanyak selepas berjaya meledak gol untuk Juventus ketika menentang Napoli pada Piala Super Itali Rabu lalu.

Pemain berusia 35 tahun itu merupakan penjaring terbanyak di Serie A musim ini dengan 15 gol dalam 14 perlawanan apabila berjaya menemui sasarannya pada Piala Super Itali ketika menentang anak buah Gennaro Gattuso sekali gus memintas rekod Josef Bican.

Josef Bican merupakan penyerang Austria-Czech yang berjaya meledak sebanyak 759 gol antara tahun 1931 hingga 1955.

Ronaldo percaya perjalanannya tidak akan berhenti di sini kerana beliau akan terus bermain sehingga impiannya untuk memenangi Piala Dunia 2022 bersama Portugal tercapai.

Ronaldo dijangka masih mempunyai sekurang-kurangnya lima tahun lagi untuk terus melebarkan rekodnya. -MalaysiaGazette