Sebelum Ini Pun Thaipusam Bukan Cuti Umum Kedah #MGFlash

Keputusan kerajaan negeri Kedah untuk tidak mengumumkan cuti peristiwa sempena perayaan Thaipusam pada 28 Jan ini, bukan berniat menafikan hak penganut Hindu di negeri ini.

Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor berkata, penganut agama berkenaan masih boleh menyambut perayaan itu di mana-mana sahaja.