Muhammad Azri Wan Deris

KUALA LUMPUR – Kenapa UMNO perlu memilih jalan sukar dan perlu merisikokan bangsa Melayu dengan menolak penyatuan ummah antara parti parti politik Melayu?

Itu persoalan Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Wan Muhammad Azri Wan Deris.

Menurutnya, parti itu perlu mengambil iktibar apa yang berlaku pada tahun 1999 yang mana orang Melayu ada pilihan lain selain UMNO dan ketika itu parti itu hilang kuasa.

“UMNO perlu ambil iktibar dari apa yang telah berlaku pada PRU10 tahun 1999. Pada tahun itu jika tidak kerana undi kaum bukan Melayu dan juga Bumiputera Sabah Sarawak sudah pasti UMNO BN hilang kuasa kepada Barisan Alternatif.

Fakta nya jelas, pada pilihanraya tahun 1999 daripada 193 kerusi Parlimen yang dipertandingkan BN (Barisan Nasional) telah memenangi 148 kerusi Parlimen.

“Pilihan raya 1999 telah menunjukkan bahawa BN tidak boleh beranggapan bahawa UMNO akan selalu menang. Sokongan Melayu untuk UMNO tidak terjamin dan kejayaannya dalam pilihan raya ini adalah disebabkan oleh undi-undi pengundi bukan Melayu serta sokongan yang kuat daripada negeri Sabah dan Sarawak.

“Apakah kita ahli dan pemimpin parti UMNO masih merasakan kita kuat dan akan dipilih rakyat pada pilihanraya akan datang?” soalnya yang dikenali Papagomo dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Wan Muhammad Azri, UMNO kena ingat rakan komponen UMNO yang telah membantu menyelamatkan kita pada PRU 1999 juga telah kalah teruk dan lari meninggalkan UMNO pada PRU 2018.

“Hari ini UMNO bukan seperti dulu boleh mengharapkan undi orang Melayu apatah lagi mengharapkan undi bukan Melayu. Jangan diharap undi kaum lain jika undi Melayu itu sendiri telah berpecah dan telah terbukti DAP telah menjadi pilihan kaum bukan Melayu sejak 2008 lagi dan kemuncak nya pada pilihanraya ke 13 tahun 2013.

“Jadi apa pilihan yang UMNO ada hari ini? Mahu Muafakat Nasional bersama Pas dan tolak kerjasama dengan PPBM? Bagaimana mahu MN jika dalam masa yang sama Pas memberikan jawapan yang parti mereka mahu bersama UMNO dan PPBM (Bersatu)?” soalnya lagi.

Pas menurutnya dengan tegas tidak mahu bersekongkol dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana sudah serik namun bagi UMNO ada pimpinan mahu parti bersendirian dan bekerjasama dengan siapa sahaja termasuk dengan DAP.

Justeru, menurutnya, tempoh darurat adalah masa terbaik untuk parti mengukuhkan parti serta menggunakan peluang kepada pengundi Melayu agar mereka melihat UMNO parti rakyat dan perjuangannya untuk membela kebajikan Rakyat dan memakmurkan ekonomi negara.

“Kalau bukan kita siapa lagi? Kalau bukan sekarang bila lagi? Saya tidak mahu esok UMNO hanya tinggal sejarah dek kerana sikap sombong, bongkak dan angkuh nya kita di mata orang Melayu,” katanya.- MalaysiaGazette

8 Komen

  1. yang ada kes mahkamah yg meroyan lebih…mereka ni akan jatuhkan umno…dinasihatkan berehat dari politik sehigga kes selesai…kalau tk umno tinggal sejarah..

  2. Betul ape Kate PapaGomo…kenapa xnak bersatu dengan parti2 melayu ..UMNO xbole nk jd king la kan..xnk kongsi kuasa…itu je..

  3. UMNO tidak pernah melihat sejarah. Parti Kongres India, sampai sekarang tidak mampu untuk bangun setelah kalah kepada BJP. Pemimpin UMNO ada telinga tetapi tidak mendengar, ada hati tiapi tidak merasa, ada mata tapi tidak melihat.

  4. kepala buto la,
    baru skrg ke bangsat 1 nak ingat Melayu??ISLAM??
    masa bangsat 1 ditubukan ari tu,ada pikir x masalah Melayu,ISLAM berpecah??
    masa segala kepentingan ISLAM,Melayu terancam,bangsat 1 buat apa??
    skrg baru nak guna sentimen kepentingan ISLAM dan Melayu??
    sbb takut kalah teruk n hilang terus di pru15 nanti,
    tu yg sanggup amik kesempatan untuk pecahkan mn,
    amno jek yg gila kuasa,sbb tu amno bagi tawaran kat bangsat 1 untuk bersama dalam mn,
    tp bangsat 1 xnk,bangsat 1 nak pn,
    sbb apa??sbb bangsat 1 ada kuasa dalam pn,
    bila ada kuasa,senanglah nak teruskan agenda melenyapkan amno,

  5. Stgh pemimpin umno mmg ego, dok rasa depa tu masih kuat. Depa ingat dgn 3 juta ahli tu depa boleh kembali menguasai kerajaan kot. Depa tk sedaq yg rakyat dh muak dgn cara depa tu..
    Stgh ahli umno plak beranggapan wak jahid dan najib serta yg terbabit dgn kes mahkamah dianiaya oleh TSMY. Klau betul depa tk bersalah sila buktikan kt mahkamah la.. Tk kan la salah guna duit yayasan yg ditubuhkan utk bantu anak yatim dan ibu tunggal dikira tk bersalah kot.. 42 juta dlm akaun najib itu mmg benar, najib pun akui sendiri duit ada dlm akaun dia.
    Kalau umno tolak penyatuan org melayu bersama PN, mmg lingkop terus la lepas ni.. Tk payah la dok pikiaq nk jadi abg besaq sgt.. PAS mengajak semua bersatu dlm MN dan PN, supaya kuasa org melayu Islam kembali teguh. Jgn dok pikiaq umno parti besaq, dok sorg² pun tk apa.. Besaq mana sgt dgn 3 juta ahli yg dah berpecah berapa dh tu..
    Main dgn sikap tamak sini dia nk, sana dia nk, tggu masa nk melingkop la tu…

  6. Komen zakri zd memang betul tepat terbaik. Wahai UMNO letakkan niat dalam hati berpegang teguh dengan tali Allah bersatulah wahai bangsaku. Tanamkan dihati untuk Bangsa Ugama dan Negara yang hakik Ya Allah.

Comments are closed.