Presiden ANGKASA, Datuk Abdul Fattah Abdullah menyampaikan sumbangan kepada Ketua Klinik Kesihatan Tanglin, Dr. Nor Faizah Ghazali pada majlis serahan barang keperluan harian menerusi Projek Barang Asas 100 (BA100) kepada petugas barisan hadapan di Klinik Kesihatan Tanglin, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 22 JANUARI 2021.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 50 pek barangan keperluan harian diedarkan oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) kepada petugas barisan hadapan di Klinik Kesihatan Tanglin di sini hari ini.

Barangan berupa beras, minyak masak, gula dan tepung dagihkan kepada ahli keluarga kakitangan di klinik berkenaan yang terjejas terutama ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.

Serahan disempurnakan oleh Presiden ANGKASA, Datuk Abdul Fatah Abdullah.

Menerusi kenyataannya, ANGKASA memberitahu, dengan pemberian itu pihaknya berharap konsep kongsi rezeki itu sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban perbelanjaan serta kekangan masa petugas barisan hadapan di klinik berkenaan.

Angkasa turut berhasrat untuk berkongsi kemeriahan sambutan Jubli Emas ANGKASA 2021 dengan meneruskan program sumbangan barang keperluan harian yang telah bermula sejak Mac tahun lepas. – MalaysiaGazette