Logo Bersatu yang diubah Fahmi.

KUALA LUMPUR – Armada Bersatu mengecam tindakan Fahmi Reza yang memburukkan logo Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dengan menggunakan gambar daun ganja.

“Armada turut ingin nyatakan bahawa kami tidak menyokong mana-mana perbuatan jenayah atau salahguna dadah,” kata kenyataan Facebook sayap Bersatu itu hari ini.

Justeru, pihaknya memohon orang ramai agar tidak mengaitkan sayap parti Bersatu atau menggunakan tanda pagar #ARMADADAH sebagai alat kempen memburukkan parti.

Logo yang diubahsuai Fahmi itu mungkin ada kaitan dengan kes penahanan seorang ahli Bersatu yang dikaitkan dengan pimpinan Armada oleh polis.

BACA: Ahli politik ditangkap disyaki edar dadah yang diproses sendiri

Bagaimanapun, Armada telah menafikan perkara itu.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Armada sahkan tiada pemimpin parti itu ditangkap