Gambar fail
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Negara hari ini merekodkan kadar kematian harian Covid-19 tertinggi setakat ini iaitu sebanyak 18 kes.

Kali terakhir kadar kematian harian tertinggi adalah pada 8 Januari lalu iaitu sebanyak 16 kes.

Kali ini seorang pemuda berusia 32 tahun dari Klang, Selangor yang mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi antara yang meninggal dunia.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kumulatif kematian yang dilaporkan setakat ini sebanyak 660 kes atau 0.37 peratus daripada jumlah keseluruhan.

Daripada jumlah itu, sebanyak 17 kes adalah membabitkan warga tempatan manakala satu kes adalah melibatkan seorang warga asing.

Mengikut pecahan kes mengikut negeri, ujar Noor Hisham, Selangor melaporkan sembilan kes kematian diikuti tiga di Sabah, dua kes masing-masing dari Kuala Lumpur dan Sarawak manakala masing-masing satu kes dari Johor dan Pulau Pinang.

Kematian ke 643 iaitu kes 106,355 melibatkan perempuan berusia 79 tahun meninggal dunia di Hospital Enche’Besar Hajjah Khalsom, Kluang manakala kematian ke 644 adalah kes ke-113,246 seorang lelaki berusia 85 tahun yang mana jenazah telah dibawa ke Hospital Kinabatangan.

“Kematian ke–645 pula adalah kes ke 133,568 seorang lelaki juga berusia 83 tahun meninggal dunia di Hospital Duchess of Kent, Sandakan penghidap kanser tahap 4 dan spondylolisthesis diikuti kematian ke-646 membabitkan kes ke-152,483 seorang wanita berusia 66 tahun dari Hospital Sungai Buloh.

“Kematian ke-647 adalah kes-157, 810 membabitkan wanita berusia 59 tahun di Hospital Kepala Batas diikuti kematian ke-648 iaitu kes ke-161, 279 melibatkan seorang lelaki berusia 93 tahun di Hospital Sibu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Noor Hisham, kes kematian ke-649 adalah kes ke-163, 341 melibatkan wanita berusia 66 tahun di Hospital Lahad Datu dan kematian ke-650 adalah kes ke-169, 893 membabitkan wanita berusia 85 tahun di Hospital Ampang.

Kematian ke-651 adalah kes ke-169, 894 seorang lelaki berusia 88 tahun di Hospital Sungai Buloh manakala kematian ke-652 adalah kes 169, 895 juga lelaki berumur 88 tahun di Hospital Ampang dan kematian ke-653 iaitu kes ke-169, 903 melibatkan wanita berumur 78 tahun di Hospital Serdang.

Kata Noor Hisham lagi, kematian ke-654 adalah kes ke-169, 904 iaitu seorang wanita berusia 46 tahun di Hospital Serdang manakala kematian ke-655 adalah kes-169, 911 melibatkan lelaki berusia 32 tahun dan jenazah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

Jelas beliau, kematian ke-656 pula merujuk kes 169, 913 iaitu lelaki berusia 82 tahun yang mana jenazah telah dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu diikuti kematian ke-657 iaitu kes 170, 770 seorang lelaki berusia 45 tahun di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras manakala kematian ke-658 adalah kes ke-170, 780 lelaki berusia 68 tahun juga di Hospital Canselor Tuanku Muhriz Cheras.

“Kematian ke-659 melibatkan kes 175, 617 iaitu lelaki berusia 58 tahun di Hospital Miri dan akhirnya kematian ke-660 adalah kes ke 169, 914 melibatkan lelaki warga asing berusia 40 tahun meninggal dunia dan jenazah dibawah ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang,” katanya.- MalaysiaGazette