Gambar hiasan

SYDNEY – Seorang lelaki yang hilang ketika melakukan aktiviti menyelam di luar pantai Australia mungkin telah dibaham seekor jerung.

Pihak berkuasa yang terlibat melakukan operasi pencarian telah menemui peralatan menyelam.

Lelaki itu hilang semalam berhampiran Port MacDonnell, di pantai selatan negara ini.

Susulan itu gerakan mencari di udara dan laut dimulakan, kata polis.

Operasi itu dikecilkan selepas pasukan penyelamat menemui pakaian dan perkakasan menyelam.

Setakat ini identiti mangsa yang berusia 32 tahun itu dan berasal dari Victoria belum didedahkan.

Media tempatan melaporkan lelaki berkenaan sedang bercuti dengan keluarganya di pantai yang popular dengan aktiviti luncur air.

Keluarganya membuat laporan polis selepas lelaki berkenaan tidak dapat dikesan.

”Kami belum menemui mayat tetapi masih ada kawasan yang mahu kami terokai,kata a Australian Broadcasting Corp yang memetik pengurus operasi Pantai Limestone Australia Selatan, Campbell Hill sebagai berkata.

Jerung telah dilaporkan kelihatan di kawasan berkenaan sehari sebelum kejadian, kata Hill. – MalaysiaGazette