Petugas Kementerian Kesihatan melakukan tugas pemeriksaan saringan terhadap pekerja asing. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sebanyak 375 kes baharu Covid-19 dicatatkan di mukim Petaling semalam dengan kebanyakan saringan melibatkan pekerja asing di tapak binaan.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor menerusi Facebook memaklumkan, mukim Petaling merekodkan 161 kes, Damansara (127), Sungai Buloh (55), Bukit Raja (31) dan penjara (satu).

Menurut agensi itu, Hulu Langat mencatatkan 131 kes, sebahagian besarnya di Kajang iaitu 77 kes, Cheras (23), Ampang (22), Semenyih (tujuh) dan masing-masing satu kes di Beranang dan Hulu Langat.

Kes di Klang menurun kepada 69 berbanding 97 kes semalam. Gombak pula merekodkan 67 kes iaitu 26 di mukim Batu, Rawang (20), Setapak (lapan), Hulu Kelang (tujuh), Kuang (lima) dan penjara (satu).

Jabatan itu turut memaklumkan, Kuala Langat mencatatkan 48 kes, Sepang (42), Kuala Selangor (20), sementara Hulu Selangor dan Sabak Bernam masing-masing 15 kes.

Selangor mencatatkan 782 kes Covid-19 semalam dengan keseluruhan kes 51,963. – MalaysiaGazette