broken system Malaysia pandemic crises management crisis Jaringan Profesional Malaysia

KUALA LUMPUR – Sebanyak 3,638 kes sembuh baharu daripada jangkitan Covid-19 dicatatkan hari ini menjadikan jumlah yang pulih daripada wabak tersebut lebih tinggi daripada kes positif baharu untuk tiga hari berturut-turut.

Selain itu sejumlah 3,048 kes positif baharu Covid-19 direkodkan dengan 3,040 merupakan kes tempatan manakala lapan lagi kes import.

Data terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan, turut berkurang bagi tempoh yang sama adalah kes aktif baharu iaitu 41,076 kes.

Sebanyak 261 kes sedang mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) termasuk 101 memerlukan alat bantuan pernafasan.

KKM turut memaklumkan, terdapat 11 kematian akibat wabak itu hari ini menjadikan jumlah yang meninggal dunia akibat Covid-19 di negara ini sebanyak 689 kes.

Malaysia mencatatkan bilangan kes positif Covid-19 sebanyak 186,849 sejak dikesan pada tahun lepas. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. alhamdulillah
    syukur
    semoga covid19 ini lenyap dibumi malaysia yang tercinta serta hilang di negara2 islam
    takbir!!!!

  2. Amin beramai2 bermunajat di masjid2@rumah2….MOGA ada golongan yang MUSTAJAB dan TIADA HIJAB DOANYA.

Comments are closed.