Pelawak Shuk Sahar

KUALA LUMPUR – Stesen Hot FM menggantung perkhidmatan penyampai radionya, Shuk Sahar bermula hari ini.

Menerusi kenyataan media, pihak pengurusan stesen radio Hot FM mengesahkan perkhidmatan Shuk digantung serta merta.

Penggantungan sementara perkhidmatan Shuk sebagai penyampai radio bagi memberi ruang kepada pihak pengurusan Hot FM melakukan siasatan dalaman mengenai isu yang sedang tular dalam media sosial.

Perkembangan terkini penggantungan Shuk akan diumumkan oleh pihak pengurusan Hot FM selepas siasatan dalaman selesai.

Pada Sabtu lalu, pergolakan rumah tangga Shuk kembali hangat diperkatakan dalam laman sosial apabila isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau Sera mendakwa suaminya curang.

Menerusi beberapa entri yang dimuat naik di Instagram (IG), Sera mendedahkan suaminya masih menjalinkan hubungan cinta dengan wanita lain.

Shuk juga pernah dikaitkan dengan seorang wanita sekitar Julai tahun lalu.

Shuk dan Sera mendirikan rumah tangga pada tahun 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Nur Qurratul Ain dan Nur Assyifatu Aimy. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Shuk curang lagi ke?