Puad Zarkashi Muhyiddin Yassin letter of demand three-day quarantine minister double standard UMNO Supreme Council Member Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi defy UMNO decision
Mohd Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – Kerajaan dipersoalkan kerana masih membenarkan sektor pengilangan dan pembinaan terus beroperasi sedangkan kedua-duanya menjadi lubuk jangkitan Covid-19 paling tinggi

Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi berkata, kerajaan sepatutnya memantau sektor-sektor ini dengan ketat.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu turut mempersoalkan bagaimana mahu melakukan penjarakkan fizikal di kilang dan tapak pembinaan.

Oleh itu, tegas beliau, prosedur operasi standard (SOP) perlu jelas.

”SOP kena jelas. Apakah mereka perlu guna pakaian PPE (alat perlindungan diri) di tempat kerja,” soalnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, rakyat kini bertambah keliru dan boleh mencetus panik susulan tular surat pekeliling Dewan Perniagaan dan Industri Kesatuan Eropah (EU)-Malaysia (EuroCham Malaysia) yang mendakwa Perintah Kawalan Pergerakan akan dilaksanakan sepenuhnya selepas 4 Februari ini jika kadar jangkitan Covid-19 tidak menurun.

”Bagaimana perkara “rahsia” boleh bocor awal. Rakyat tambah keliru dan boleh panik.

”Apakah kerajaan ‘in control’. Bagusnya kalau Parlimen boleh bersidang. Adalah check and balance (periksa dan imbang),” ujarnya. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Ya. Patut tutup sahaja kilang Top Glove sbb lubuk covid. Tp pastu tunggu la Bursa saham banyak simbol negatif. Sembang mcm hero tp otak zero

Comments are closed.