Kawalan ketat antara sempadan Korea Utara dan Korea Selatan. foto Agensi

SEOUL – Seorang diplomat Korea Utara didakwa telah berpaling tadah kepada Korea Selatan, lapor akhbar Maeil.

Ryu Hyun-woo bekas duta besar Pyongyang ke Kuwait dikatakan melarikan diri bersama keluarganya pada bulan September 2019.

Ryu bertindak demikian bagi memastikan masa depan yang lebih baik untuk anak-anaknya.

Kes Ryu ada persamaan dengan diplomat Jo Song-gil yang bertugas di Itali tetapi dilaporkan hilang pada tahun 2019 dan didakwa belot pada tahun 2019.

Setakat ini, Korea Selatan enggan mengesahkan laporan Maeil.

Adalah luar biasa bagi pegawai kanan Korea Utara untuk berpaling tadah tetapi hampir 1,000 orang rakyatnya berbuat demikian setiap tahun.

Ini kerana, dengan berpaling tadah, penduduk Korea Utara melarikan diri secara berbahaya melintasi sempadan yang sangat ketat ke Korea Selatan atau cuba melintasi sempadan ke China memandangkan mereka berisiko dihantar kembali ke negaranya semula.

Laporan media mengatakan Ryu di Korea Selatan pada bulan September 2019 untuk meminta suaka tetapi pembelotannya dirahsiakan hingga sekarang.

Ryu adalah pemangku duta besar di Kuwait sejak 2017, juga adalah menantu Jon Il Chun, mantan ketua pejabat yang menguruskan dana rahsia pemimpin Korea Utara.

Wakil duta Korea Utara ke United Kingdom, Thae Yong-ho, juga berpaling tadah dengan keluarganya pada tahun 2016.

Empat tahun kemudian, beliau menjadi pembelot pertama yang memenangi kerusi Parlimen di Korea Selatan. – MalaysiaGazette