MGNews : PdPR – Internet Slow!, ‘Handphone’ Satu Belajar Tak Fokus

Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) mampu memberi keberkesanan sekiranya pelajar atau murid mempunyai capaian Internet yang pantas serta peranti elektronik.

Namun situasi sebaliknya pula berlaku kepada pelajar yang tidak punya akses sedemikian terutamanya mereka yang tinggal di kawasan pinggir bandar dan pedalaman.

Masalah yang dialami sudah pasti merencatkan perkembangan pembelajaran dalam talian.