Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Nik Ezanee Mohd Faisal.

KUALA LUMPUR – Hukuman penjara selama 1,050 tahun dengan 24 sebatan ke atas seorang lelaki yang didapati bersalah merogol anak tirinya dianggap satu kejayaan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal mengucapkan tahniah kepada pasukan pendakwaan.

Pasukan pendakwaan diketuai Pengarah Perundangan Negeri Selangor, Muhammad Iskandar dan pengawai penyiasat, Inspektor B. Vanitha.

Hari ini, suspek telah didakwa di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan sebanyak 105 pertuduhan di Mahkamah Klang.

Suspek telah mengaku salah bagi semua pertuduhan dan dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun dengan dua sebatan bagi setiap pertuduhan yang akan dijalani secara berasingan.

“Secara jelas, jumlah hukuman penjara suspek adalah selama 1, 50 tahun dengan 24 sebatan,” kata Nik Ezanee dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum itu, menurutnya, polis telah menjalankan siasatan bagi kes berkenaan sejak 2 Mac tahun lepas di mana seorang remaja perempuan berusia 13 tahun mendakwa dirogol oleh bapa tirinya sejak tahun 2018 sehingga 24 Februari 2020 di kediaman mereka di Sungai Way dekat sini.

“Menurut mangsa, kejadian berlaku ketika ibunya keluar bekerja di mana suspek telah merogolnya secara paksa.

“Apabila mangsa melawan, suspek terus memukulnya. Kejadian terakhir pada 24 Februari 2020 dan selepas itu suspek melarikan diri,” katanya lagi.

Bagaimanapun, kata Nik Ezanee, hasil risikan pada 20 Januari lalu, polis telah menahan suspek berusia 33 tahun tersebut.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Rogol anak tiri 105 kali, bapa dipenjara 1,050 tahun, 24 sebatan

1 Komen

  1. PENDAKWARAYA wajib merayu hukuman yg diberikan, terlalu ringan, mana boleh sepuluh tahun saja sebab concurrently. 10 tahun kerana menjahanamkan masa depan anak dia. 105×2=210 sebatan, bukanya 24 sebatan.

Comments are closed.