Odion Ighalo.

KUALA LUMPUR – Penyerang Manchester United, Odion Ighalo merakamkan ucapan selamat tinggal dan penghargaan kepada kelab itu selepas kontraknya yang akan tamat pada 31 Januari ini tidak disambung.

Pemain antarabangsa Nigeria itu bagaimanapun menegaskan dia akan menjadi peminat  United selama-lamanya.

“Sekali saya Reds, selamanya saya Reds. Terima kasih @ManUtd dan semoga tuhan memberkati anda. Saya berdoa agar kita berjaya merangkul kejuaraan liga dan piala FA tahun ini.

“Untuk menjadi peminat kelabterbaik di dunia (penyokong Manchester United) kami merindukan kejuaraan, tetapi kami dapat mendengar suara anda bersorak dari jauh, kami tidak sabar untuk berjumpa anda di stadium,” tulis di laman sosial miliknya.

Sebelum ini, Ighalo dipinjamkan ke United dari kelab China Shanghai Shenhua dan dia menerima banyak kritikan kerana dianggap bukan penyerang yang diperlukan United.

Malah pemain berusia 30 tahun itu digelarkan sebagai ‘Panic Buy’ oleh penganalisis bola sepak.

Sejak bersama United, dia berjaya menjaringkan empat gol dan satu bantuan dalam lapan perlawanan. – MalaysiaGazette