Christoph Baumgartner.

LONDON – Manchester United dikatakan sedang memantau pemain tengah muda Christoph Baumgartner yang bermain untuk Hoffenheim di Bundesliga.

Kelab Hoffenheim sebelum ini mempunyai sejarah melahirkan pemain berkualiti seperti Roberto Firmino dan Joelinto.

Difahamkan terdapat beberapa kelab di Liga Perdana Inggeris (EPL) juga berminat untuk mendapatkan bakat pemain muda ini.

Dia dikatakan mempunyai permainan mirip seperti bekas pemain tengah Jerman, Michael Ballack.

Musim ini, Baumgartner telah menjaringkan tiga gol serta mencipta lima peluang gol untuk rakan sepasukan dalam 17 perlawanan pada musim ini. – MalaysiaGazette