Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia, Datuk Norliza Abdul Rahim.

KUALA LUMPUR – Tindakan segelintir ahli UMNO yang mengeluarkan kecaman, kata nista di laman sosial serta menggunakan kain rentang mendesak Presiden UMNO berundur disifatkan sebagai tindakan ‘membunuh’ parti secara terang terangan.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia, Datuk Norliza Abdul Rahim berkata, sekalipun ‘tepian tetap akan berganjak apabila air gedang’ namun ia bukan alasan untuk ahli UMNO biadap dalam perjuangan.

Katanya, UMNO lahir dari jiwa pendukungnya yang besar dan tidak wajar hanya kerana ujian yang terpaksa dilalui hari ini menjadikan pemikiran dan jiwa mereka semakin sempit dan mengecil.

“Sekalipun kita berbeza pendapat tapi janganlah beralas dengki dan hasad.

“Berhujahlah dalam gelanggang dengan hati yang lapang. Menegurlah dengan matang. Bertikam lidah takkan membenam gundah.Matanglah mengendalikan situasi.

“Saat ini parti memerlukan ahli yang setia, teguh dan bijaksana dalam bertindak,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Norliza menegaskan, Wanita UMNO Pulau Pinang tetap bersama parti berdiri teguh pada saat apapun dengan menghormati institusi presiden dan menyantuninya atas prinsip muafakat dan pembelaan bangsa Melayu.

“Berilah sokongan pada parti dari tiang, alang hinggalah atapnya. Berhentilah membiakkan barah. Orang luar mungkin mahu melihat UMNO ini terkubur.

“Maka janganlah kita yang di dalamnya pula yang sibuk menyiapkan kapan dan kerandanya. UMNO tidak sekali-kali akan terkubur,” ujarnya yang juga Ketua Pergerakan Wanita UMNO Pulau Pinang. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Pemimpin UMNO hanya tau sebut “suara akar umbi “ tetapi gagal menyelami “denyut nadi nya. Mereka hanya duduk dikelilingi pengampu2 dengan mengeluarkan statemen2 yg boleh memberi “ income” kpd mereka.

    Jika nak tau betapa meluatnya akar umbi kpd pemimpin2 mereka tengok saja kepada peebuatan dan tingkah lakunya. Taraf pemimpin tidal akan membuat kerja2 menaikkan sepanduk utk meminta pemimpin nya letak atau mengedar whatsapp memburukkan pemimpinnya maupun memaki hamun di media sosial – itu adalah perkerjaan “orang2 bawa” atau dlm lain perkataan …….itu lah denyut nadi rakyat yg sebenatnya.

    Tak kan itu pun tak faham……bonggok!!!!

  2. Tindakan mengekalkan atau mempertahankan presiden UMNO atau mana mana pemimpin yang bermasaalah itulah yang akan membunuh parti sebenarnya

Comments are closed.