PARIS – Acara berprestij, Festival Filem Cannes ditunda kepada 6 Julai depan berikutan penularan pandemik Covid-19.

Pembatalan itu diumumkan oleh penganjur selaras situasi penularan wabak berkenaan di Perancis.

“Seperti diumumkan sebelum, Festival Filem Cannes berhak menganjak tarikh penganjurannya, bergantung kepada perkembangan kesihatan dunia.

“Pada asalnya, Festival Filem Cannes dijadualkan pada 11 hingga 22 Mei depan. Namun, kita tunda kepada Julai,” katanya dalam kenyataan itu.

Sebelum ini, acara sama dibatalkan tahun lalu. Bagaimanapun, beberapa acara anugerah lain termasuk Festival Filem Berlin diteruskan, tahun ini, di bawah kawalan ketat.

Festival Filem Berlin bakal dilangsungkan dalam dua edisi iaitu dalam talian membabitkan pekerja industri profesional pada Mac ini dan disusuli acara terbuka, tiga bulan kemudian.

Festival Filem Cannes lazimnya menarik minat kira-kira 45,000 golongan profesional dan kira-kira 4,500 pengamal media.

Tahun lalu, walaupun dibatalkan, Festival Filem Cannes masih membuat seleksi rasmi membabitkan 56 filem termasuk karya sentuhan Wes Anderson, Francois Ozon dan Steve McQueen. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast