Inland Revenue Board IRB income tax taxation system Budget 2022
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Cawangan Siasatan Putrajaya dan Pejabat Pengarah Negeri Wilayah Persekutuan Putrajaya di Menara TM, Jalan Semarak, Kuala Lumpur ditutup bermula esok bagi membolehkan proses sanitasi dilakukan.

LHDN dalam kenyataan hari ini berkata, Cawangan Siasatan Putrajaya, Pejabat Pengarah Negeri Wilayah Persekutuan Putrajaya termasuk Cawangan Wangsa Maju yang ditutup sejak Isnin lepas dijangka akan kembali beroperasi mulai Selasa depan.

“Sehubungan itu, dalam tempoh penutupan sementara ini, pelanggan disaran melakukan semua urusan secara dalam talian, namun, bagi pembayar cukai yang benar-benar memerlukan perkhidmatan secara bersemuka, mereka boleh mengunjungi mana-mana kaunter perkhidmatan LHDN yang berhampiran,” menurut kenyataan itu hari ini.

Orang ramai yang ingin membuat sebarang pertanyaan atau mendapatkan maklum balas boleh menghubungi LHDN menerusi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara) atau HASiL Live Chat atau Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDN di pautan https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/.
Malaysiagazette