Edin Dzeko.

LONDON – Pemain AS Roma, Edin Dzeko dilihat bakal meninggalkan kelab tersebut pada bulan ini walaupun jendela perpindahan semakin menghampiri penamatnya.

Menurut laporan BBC Sport, Dzeko ingin meninggalkan Roma selepas pemain itu menghadapi isu dalaman dengan pengurus, Paulo Fonseca.

Dengan keadaan tidak menyebelahinya di Stadio Olimpico, terdapat potensi yang dia akan digantikan dengan pemain lain dari musuh Serie A mereka sendiri.

Roma dan Inter Milan dilihat terbuka untuk melakukan proses tukaran terus atau swap antara Dzeko dan juga Alexis Sanchez yang dilihat tidak memberikan impak yang dimahukan.

Dengan hanya menjaringkan dua gol sahaja musim ini, Antonio Conte dilihat tiada masalah untuk melepaskan Sanchez sebagai sebahagian daripada proses perpindahan Dzeko ke Inter Milan.

Sementara itu, laporan di Sepanyol pula mendapati yang dua gergasi La Liga iaitu Real Madrid dan Barcelona turut memerhatikan dengan rapi situasi Dzeko.

Kedua-dua kelab dilihat mahu mengambil peluang dengan mendapatkan Dzeko dengan potongan harga rendah.

Jika tiada perkembangan signifikan mengenai perpindahan Dzeko dalam masa terdekat, drama pada hari terakhir jendela perpindahan dijangka berlaku. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast