Bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohammed Hanif Omar akan memfailkan tuntutan balas terhadap saman fitnah dikemukakan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang terhadapnya atas dakwaan mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah ketika berucap di sebuah konvensyen pada September lepas. foto HAZROL ZAINAL, 29 JUN 2018.
Tun Mohd Hanif Omar. foto HAZROL ZAINAL, 29 JUN 2018.

KUALA LUMPUR – Musibah yang melanda negara ketika ini jauh lebih teruk daripada penularan Covid-19 yang mana ia sepatutnya darurat diisytiharkan.

Tiga musibah itu ialah gejala rasuah dan salahguna kuasa yang sudah tidak terkawal, kemelut gila kuasa dalam kalangan pemimpin danĀ  pentadbir Melayu yang melumpuhkan
ekonomi dan gerakan ekonomi hitam yang mengancam keselamatan negara.

Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Majlis Perundingan Melayu (MPM), Tun Mohd Hanif Omar berkata, ia diparahkan lagi dengan lain-lain gejala dan wabak komplementari lain.

Berikutan itu, tambah beliau, MPM bersama beberapa institusi dan badan bukan kerajaan (NGO) sekutunya akan menganjurkan Gerakan Jihad Rakyat untuk mengajak rakyat menangani gejala yang semakin ganas yang memusnahkan kemajuan dan kemakmuran negara ini.

“Kami dah sepakat untuk menggerakkan Gerakan ini. Ia satu Gerakan Nasional bagi sediakan platform untuk rakyat bertindak secara kolektif, menolak pemimpin dan pentadbir gila kuasa, benteras gejala rasuah, bunuh budaya salahguna kuasa dan lumpuhkan sama-sekali gerakan ekonomi hitam.

“Disamping itu, lain-lain misi atau tindakan komplementari kepada misi utama itu akan juga diselangselikan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, gerakan itu adalah untuk memutihkan negara berdaulat dan bermaruah ini daripada segala bentuk gejala, wabak dan ancaman yang sekian lama mencemarkan imej dan
kedaulatannya.

Tambah beliau, misi gerakan itu pecahkan kepada dua iaitu misi utama dan misi komplementari.

Misi utama merangkumi menolak pemimpin gila kuasa, membenteras gejala rasuah dan salahguna kuasa dan meumpuhkan kegiatan ekonomi hitam.

Misi Komplementari antaranya meliputi langkah menangani pelbagai ancaman keselamatan, segarkan kembali ekonomi nasional, pulihkan kembali sistem penyampaian awam dan korporat, memperkasakan sistem pendidikan nasional dan menuntut dan memajukan tanah simpanan Melayu.

Menurut Mohd Hanif, pihaknya telah merancang untuk menghimpunkan beberapa tokoh ternama yang sejak
kebelakangan ini giat memperjuangkan usaha membenteras gejala buruk itu disamping mempromosikan budaya sihat dan mulia.

Ujarnya, mereka akan berperanan sebagai ikon untuk sepakat menggerakkan gerakan tersebut. – MalaysiaGazette