Syed Badli Shah Syed Osman
Syed Badli Shah Syed Osman.

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara diminta menjelaskan status terkini siasatan polis terhadap rakaman video intim yang didakwa membabitkan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Syed Badli Shah Syed Osman berkata, setahun sudah berlalu dan adakah polis masih gagal menemui sebarang bukti bagi mengesahkan identiti pelaku.

””Saya ingin bertanya kepada ketua polis negara apakah status kes itu kini?,” soal beliau.

Pertanyaan itu dikemukakan susulan penyataan pembelaan yang dibuat oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu terhadap sama yang difailkan oleh 10 pengundi Gombak terhadapnya.

Azmin berkata, beliau hilang kepercayaan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim menyebabkan beliau membuat keputusan meninggalkan PKR dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Azmin berkata, ‘amalan seksual yang tidak bermoral’ dilakukan Anwar menjadi punca dia hilang kepercayaan terhadap Presiden PKR itu.

Dalam pernyataan pembelaan yang difailkan melalui firma guamannya Tetuan Zharid Nizamuddin, Azmin berkata, Anwar langsung tidak berkelayakan dan bukan seorang yang sesuai untuk memimpin PKR serta menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Syed Badli berkata, Azmin tidak layak menuduh orang lain dengan dakwaan tidak bermoral sedangkan beliau juga dikaitkan dengan pelbagai masalah moral.

“Pengkhianatan terhadap PKR dan pengundi Gombak adalah salah satu bukti yang dia bukan manusia yang bermaruah.

“Malahan sehingga ke hari ini Azmin masih gagal menafikan, bahkan tiada langsung sebarang usaha untuk membersihkan namanya yang terkait dengan skandal video seks luar tabii yang tular sebelum ini,” ujarnya lagi.

Azmin pernah dikaitkan dengan skandal seks luar tabii pada tahun 2010 apabila tular klip video yang memaparkan aksi panas dua lelaki di sebuah hotel di Sabah.

Namun, Abdul Hamid berkata, siasatan terhadap video seks tersebut tidak dapat diteruskan di atas faktor teknikal. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.