Petugas Clinic 365 mengambil sampel darah warga China berikutan mulai hari ini sektor perindustrian dan pembinaan diwajibkan mengambil ujian calitan untuk setiap pekerja asing bagi membendung penularan wabak Covid-19 di Jalan Pudu, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 01 FEBRUARI 2021.

KUALA LUMPUR – Jumlah kluster keseluruhan Covid-19 di negara ini sebanyak 838 kluster dengan jumlah kluster baharu adalah tujuh kluster pada hari ini, kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Ketua Pengarah Kesihatan itu memberitahu, jumlah kluster yang telah tamat  adalah 434 kluster termasuk empat kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Bukit Angkat, Kluster Tapak Bina Bukit Semenyih, Kluster Tapak Bina Kiara dan Kluster Brumas);

Jelas beliau, jumlah kluster aktif sehingga hari ini adalah 404 kluster.

“Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini adalah 70 kluster dan kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Tapak Bina Jalan Cheras sebanyak 332 kes, Kluster Jalan Ragum (210 kes), dan Kluster Jalan Seroja adalah 204 kes,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dr Noor Hisham menambah, terdapat tujuh kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini yang melibatkan enam kluster berkaitan tempat kerja dan satu  kluster
komuniti.

Berikut adalah perincian kluster tersebut:

1. KLUSTER JALAN RAGUM
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Klang dan Petaling di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 16 Januari 2021 hasil saringan
bersasar sebuah kilang di Jalan Ragum, Shah Alam, Petaling. Sehingga hari ini, sejumlah 542 individu telah disaring di mana 219 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster
ini.

2. KLUSTER BUKIT RAHMAN
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuala Selangor, Petaling, dan Gombak di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 31 Januari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang di Taman Perindustrian, Bukit
Rahman Putra, Sungai Buloh, Gombak. Sehingga hari ini, sejumlah 2,800 individu telah disaring di mana 48 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

3. KLUSTER PARIT JAMIL DARAT
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Muar di Johor. Keskes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula semalam hasil saringan bersasar sebuah kilang. Nama kluster merujuk kepada lokaliti asrama pekerja yang terletak di Jalan Parit Jamil Darat, Parit Jawa, Muar. Sehingga hari ini, sejumlah 189 individu telah disaring, di mana 26 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

4. KLUSTER TAPAK BINA JALAN CHERAS
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada hari ini hasil saringan
bersasar sebuah tapak binaan di Jalan Cheras. Sehingga hari ini, sejumlah 823 individu telah disaring, di mana 332 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

5. KLUSTER SEMARAK BERSIA
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Hulu Perak di Perak. Kesindeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-171690) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 21 Januari 2021 hasil saringan kontak rapat. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana kes-kes
dilaporkan berlaku iaitu di Taman Semarak dan Bersia, Gerik, Hulu Perak. Sehingga semalam, sejumlah 58 individu telah disaring, di mana 19 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

6. KLUSTER TAMAN MUHIBBAH
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Temerloh dan Kuantan di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke194020) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 27 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat pentadbiran awam di Kuantan. Nama kluster merujuk kepada lokaliti tempat tinggal kes indeks iaitu di Taman Muhibbah, Temerloh. Sehingga semalam, sejumlah 47 individu telah disaring, di mana 14 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

7. KLUSTER INDUSTRI SERKAM
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Jasin dan Melaka Tengah di Melaka. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 25 Januari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang di Serkam, Merlimau. Sehingga semalam, sejumlah 1,700 individu telah disaring, di mana 69 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast