Nasrudin Hassan

PUTRAJAYA – Ibu Yati atau nama sebenarnya Wan Noor Hayati Wan Alias sepatutnya memohon maaf kepada Yayasan Dakwah Islamaih Malaysia (YADIM) dan umat Islam di negara ini kerana didakwa membawa ajaran sesat.

Yang Dipertuanya, Nasruddin Hassan menegaskan, tidak timbul soal beliau perlu memohon maaf susulan tindakan bekas wartawan akhbar arus perdana itu telah menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat dan umat Islam.

“Sepatutnya beliau yang kena mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia apabila banyak tulisan yang kita rujuk dalam Facebook beliau sendiri yang sangat mengelirukan dan juga memberi satu kecelaruan umat Islam terhadap fahaman Islam itu sendiri.

“Sehingga ke hari ini, saya tidak menerima saman daripada beliau itu,” katanya kepada pemberita selepas Program YADIM Peduli Musa’adah PKP 2.0 di pekarangan Kompleks Islam hari ini.

Pada Jumaat lalu, Wan Noor Hayati mendesak Nasruddin memberi tempoh tujuh hari kepada Nasruddin untuk membuat permohonan maaf secara terbuka.

Ini selepas Nasruddin mendakwa penerima Anugerah Kajai itu membawa ajaran sesat dan agama baharu.

Wan Noor Hayati, 41, juga sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang saman sivil terhadap YADIM.

Sebelum ini, Nasruddin menasihatkan orang ramai agar tidak terpengaruh dengan ajaran Islam Melayu dibawa oleh Wan Noor Hayati.

Menurut Nasruddin, kelahiran agama baharu yang dikenali sebagai Agama Melayu itu menolak ajaran Islam yang dianggap sebagai Islam Arab dan mengakui membawa ajaran Islam Melayu.

Ia susulan penularan video berdurasi lapan minit lima saat yang menunjukkan Wan Noor Hayati didakwa menggunakan lafaz syahadah yang pelik.

Antara lafaz itu ialah iLa Ha iLa Ra iLa Ma dan disambung dengan pengakuan ‘Aku Melayu’ sebanyak tujuh kali.

Dalam pada itu, Nasruddin menegaskan, tiada istilah Islam Arab dan Islam Melayu sambil mempertahankan Islam yang diamalkan pada hari ini sebagai agama yang diwahyukan Allah melalui al- Quran dan Sunnah.

“Islam itu universal, jadi apabila bawa satu fahaman Islam Melayu dan menolak kononnya Islam yang kita amalkan sekarang ini adalah Islam Arab, jadi ini satu kekeliruan.

“Saya kira dia boleh merosakkan pemikiran umat Islam dan akidah umat Islam dengan fahaman yang disebarkan.

“Kalau saya baca dan meneliti tulisan dia sejak hampir setahun lepas dalam Facebook itu memang sangat bercanggah dengan al-Quran dan sunnah,” katanya

Nasruddin juga berkata, tiada keperluan untuk YADIM membuat laporan polis terhadap Wan Noor Hayati kerana sudah banyak pihak telah membuat laporan bekas wartawan itu.

“Saya dapati ada badan bukan kerajaan (NGO) telah buat laporan polis. Atas kapasiti YADIM sendiri tidak perlu, cukup saya beri peringatan supaya masyarakat umat Islam tidak terperdaya dan terpengaruh dengan ajaran tersebut.

“NGO yang buat laporan polis yang telah sampai kepada saya mungkin sudah lebih 10 NGO dan beliau sendiri pun telah buat laporan polis terhadap saya.

“Saya kira perkara ini telah sampai kepada pihak berkuasa, tinggal lagi pihak berkuasa akan menjalankan tindakan mereka,” katanya lagi.

Sementara itu, Ibu Yati terus mempertahankan dirinya dan mendakwa Nasrudin mendahului tindakan pihak berkuasa agama membuat dakwaan terhadapnya.

Beliau berkata, setakat ini belum ada mana-mana jabatan agama menyoal siasat dirinya cuma ada polis mengambil keterangan ekoran laporan polis yang dibuat.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Ibuyati mahu Nasrudin tarik balik tuduhan bawa agama Melayu

4 Komen

  1. “Sehingga ke hari ini, saya tidak menerima saman daripada beliau itu,”
    MALULAH AKU… ULARMAK PUN TAK PAHAM BODOHLA SAPE2 YANG LANTIK DIA SEBAGAI YANG DIPERTUA SEBUAH PERTUBUHAN NAMA ISLAM. BETOI KA ISLAM?
    AKU YANG BODOH NI PUN PAHAM
    IBUYATI BAGI TEMPOH TUJUH, 7 HARI UNTUK KAMU MINTAK MAAF.
    BAIK LAGI IBUYATI TU
    JADI TUNGGULAH SEHINGGA JUMAAT MALAM NI ATAU KOMPOM SABTU NI HABIS LA TEMPPOH 7 HARI

  2. sesiapa nak tahu apa sebenarya yang dilakukan oleh tantawi dan yadim ni?
    SILA TONTON LIVE DI FACEBOOK SUARA MERDEKA HARI INI 2 FEB 2021 JAM 2.00 PETANG INI.
    ANDA BOLEH TANYA PUN SECARA LIVE DENGAR SENDIRI JAWAPAN DARI IBUYATI.
    KHABARNYA MEDIA TELAH CUBA MENDAPATKAN KOMEN DARI TANTAWI DAN YADIM TAPI KENAPA ANDA TAK NAK JAWAB?
    KENAPA TAKUT NAK BAGI KOMEN?
    AKU TAU SEBAB AKU ADA RAMAI KEKAWAN DALAM MEDIA….

  3. artis pun dah jd wali , tunggu jgak ni bila kartunis nak jd wali… bila mana yg bukan ahli sewenang2 mengeluarkn hukum dan hujah walhal yg ahli tersekat2 ternanti2 untuk bersuara., yg bersuara pula menjadi kecaman…

  4. Tk heran la ayah pin sesat mcm org gila pun boleh ada pengikut sampai beribu org.. Tk mustahil la yg ni pun ada org terpengaruh jgk..

Comments are closed.