MGNews : Saksi Tak Sihat, Perbicaraan Bung Moktar Ditangguhkan

KUALA LUMPUR – Perbicaraan kes berprofil tinggi rasuah RM2.8 juta melibatkan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, dan isterinya, Datin Seri Zizie Izette A. Samad terpaksa ditangguh di Mahkamah Sesyen, KL pagi tadi.

Ini kerana saksi yang ke-11 bagi prosiding rasuah ini tidak dapat hadir kerana tidak sihat. Saksi ke-11 itu merupakan Pengurus Kanan Pentadbiran dan Kewangan di Yayasan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra), Azriman Ridouan.