Hamzah Zainudin

PUTRAJAYA – Polis membuka kertas siasatan terhadap pengguna akaun Facebook, Ibu Yati yang dikaitkan dengan fahaman Islam Melayu.

“Saya baru saja berbincang dengan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Huzir Mohamed berkenaan hal ini dan kita akan buat siasatan lanjut,” kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Beliau mengulas mengenai tindakan polis terhadap Ibu Yati atau nama sebenarnya Wan Noor Hayati Wan Alias yang dikaitkan dengan isu fahaman Islam Melayu.

Ia menjadi perbualan warga maya baru-baru selepas tersebar rakaman yang memaparkan seorang wanita dipercayai Ibu Yati melafazkan iLa Ha iLa Ra iLa Ma dan aku Melayu sebanyak tujuh kali sebelum kemudiannya membuat paluan gong dalam sebuah upacara.

Tingkah lakunya itu didakwa ajaran sesat terbaharu di negara ini.

Wan Noor Hayati bagaimanapun menafikan perkara itu dan menyifatkan ia tuduhan jahat dan membuat laporan polis.

Setakat ini, lebih 10 laporan polis dibuat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terhadap wanita itu. – MalaysiaGazette