Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo. foto HAZROL ZAINAL, 04 JULAI 2017.

KUALA LUMPUR – Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo meninggal dunia hari ini.

Perkara itu disahkan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar menerusi laman Facebooknya.

“Innalillahi wainnaillaihi rojiun. Dukacita dimaklumkan sahabat saya dalam Perhubungan UMNO Negeri Selangor Datuk Ismail Kijo Ketua UMNO Bahagian Ampang telah kembali ke Rahmatullah sebentar tadi di Hospital Sungai Buloh.

“Sama-sama kita doakan semoga Allahyarham diletakkan bersama-sama orang yang beriman dan beramal soleh. Salam Takziah kepada seluruh anggota keluarga. Al-Fatihah,” tulis beliau.

Dilaporkan beliau, yang berusia 69 tahun, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sungai Buloh.

Terdahulu, Ismail dimasukkan ke hospital berkenaan selepas disahkan positif Covid-19.

Urusan pengkebumiannya akan dilakukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). – MalaysiaGazette