MGNews : Gabungan NGO Rayu Majlis Raja-Raja Dengar Keluhan Rakyat

SHAH ALAM – Sebuah gabungan NGO merayu Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja mendengar rintihan suara rakyat yang hidup tertekan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan pengisytiharan darurat oleh kerajaan.

Gabungan NGO yang mewakili lebih 100 pertubuhan dan badan bukan kerajaan di seluruh negara itu membuat rayuan itu menerusi memorandum rakyat yang setakat ini telah diserahkan kepada Tuanku Yang di-Pertuan Agong, Sultan Perak, Sultan Selangor dan Yang Dipertua Sabah.