Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah Covid-19 cases
Dr Noor Hisham Abdullah

 

KUALA LUMPUR – Walaupun kes jangkitan Covid-19 tertinggi di Selangor tetapi Johor merekodkan kadar kebolehkangkitan (RT) tertinggi iaitu 1.18 berbanding negeri-negeri lain setakat semalam.

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Kuala Lumpur pula di tempat kedua dengan kadar Rt 1.12.

Manakala Labuan 1.11, Selangor dan Terengganu, masing-masing 1.10.

Sementara itu, Sarawak 1.03 dan Pahang 1.01.

Rt di negeri-negeri lain pula masih di bawah 1.0.

Di dalam senarai tersebut, Rt bagi Perak ialah 0.99, Melaka (0.96), Kedah dan Penang (0.93) dan Putrajaya (0.90).

Negeri Sembilan dan Sabah masing-masing (0.89), Kelantan (0.84) dan Perlis (0.82). – MalaysiaGazette