Gambar hiasan
KUALA LUMPUR – Tekun Nasional telah melantik empat orang Ahli Jawatankuasa Syariah bagi tempoh setahun bermula 15 Februari 2021 hingga 14 Februari 2023.
Mereka ialah Mohd Nazri Chik, Pengurus Besar Hubungan Strategik, Bank Islam Malaysia Berhad merangkap Ketua Pegawai Syariah Kumpulan, BIMB Holdings Berhad;  Prof. Madya Dr. Azman Mohd Noor dari Institut Perbankan dan Kewangan Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM); Dr. Kamaruzaman Noordin, Professor Madya di Jabatan Syariah dan Pengurusan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM) dan Syed Abdullah Syed Nordin, Pegawai Tadbir Agama, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan ( JAWI ).
Jawatankuasa Syariah ini akan berfungsi sebagai penasihat dan pakar rujuk dalam hal ehwal pematuhan dan tadbir urus syariah di Tekun Nasional.
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, surat lantikan berkenaan telah diserahkan oleh menteri, Dato Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Tekun menawarkan pembiayaan patuh syariah dengan menggunakan konsep Qardul Hasan sejak tahun 2006 dan pada tahun 2016, ia memperkenalkan konsep patuh syariah yang baru iaitu Tawarruq. – MalaysiaGazette