Keisuke Honda.

KUALA LUMPUR – Bekas pemain skuad kebangsaan Jepun, Keisuke Honda dilaporkan telah menandatangani kontrak bersama kelab Liga Portugal, Portimonense SC.

Menurut laporan Japan Times di Twitter, Honda menandatangani kontrak jangka masa pendek iaitu selama enam bulan bersama bekas kelab penyerang sensasi negara, Safawi Rasid itu.

Pemain berusia 34 tahun itu kemudiannya mengambil keputusan untuk menamatkan kontrak bersama Botafogo dengan alasan masalah keluarga selain menerima tawaran dari kelab Eropah.

Selain mendapatkan khidmat Honda, Portimonense juga dikhabarkan semakin hampir untuk menandatangani pemain muda Korea Selatan, Lee Seung-woo secara pinjaman dari kelab Belgium, Sint-Truidese.

Ketika ini, terdapat dua pemain dari Jepun dalam skuad Portimonense iaitu pemain pertahanan, Kiko Anzai dan penjaga gol, Kosuke Nakamura. – MalaysiaGazette