MGNews : UMMAH Gesa Haramkan Buku Tommy Thomas

Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) menggesa supaya Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengharamkan buku My Story: Justice In The Wilderness sekiranya didapati sengaja diterbitkan dengan niat menyebarkan fakta tidak benar dan mencetuskan kekacauan dalam negara.

Tambah Pengerusi UMMAH Mohd Zai Mustafa, bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas juga perlu disiasat dan didakwa kerana telah mengaitkan Yang di-Pertuan Agong menerusi buku tersebut.