Polis berjaya cekup 3 lelaki langgar pemeriksaan polis

KUALA LUMPUR – Tiga lelaki yang melarikan diri daripada pemeriksaan polis di Taman Skudai Baru berjaya ditahan di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai Johor baru-baru ini.

Ketiga-tiga suspek ditahan selepas berlaku kejar mengejar dan pergelutan dengan polis.

Suspek telah bertindak agresif dengan melanggar kereta peronda polis dalam cubaan untuk melepaskan diri sebelum ditahan polis.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, hasil semakan rekod lampau mendapati salah seorang daripada mereka dikehendaki Ibu Pejabat Polis Johor Bahru Selatan.

Manakaala saringan awal air kencing mendapati seorang daripada mereka positif dadah jenis Methamphetamine.

Ayob berkata, kes disisasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan Akta Penncegahan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) kerana berada di luar melebihi masa yang ditetapkan tanpa alasan munasabah.

Suspek yang positif dadah turut disiasat di bawah Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.- MalaysiaGazette