Noh Omar

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen pembangkang tidak menerima peruntukan sama banyak dengan Ahli Parlimen kerajaan semasa pemerintahan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini

Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata, adalah ironi kini mereka bising tidak mendapat peruntukan sewajarnya.

“Sebenarnya tidak wajar untuk Ahli Parlimen menuntut peruntukan sama rata seperti mana diterima Ahli Parlimen kerajaan kerana dasar itu turut dipraktikkan kerajaan PH semasa memerintah negara selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

“Semasa PH memerintah dulu, saya selaku Ahli Parlimen pembangkang hanya terima peruntukan sebanyak RM100,000 dan sekarang ini difahamkan mereka (Ahli Parlimen PH) tetap menerima jumlah peruntukan sama.

“Apa yang berlaku ini adil dan PH kena ingat semasa mereka berkuasa dulu inilah yang dilakukan mereka (peruntukan ahli Parlimen pembangkang dikurangkan),” katanya Ahli Parlimen Tanjung Karang itu

Sebelum ini, media melaporkan seramai 32 Ahli Parlimen pembangkang menuntut peruntukan sama rata diberikan kepada semua, Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang, bagi membantu rakyat susulan penularan pandemik Covid-19.

Menurut Noh Omar, sudah tiba masa wakil rakyat pembangkang berhenti melakukan sandiwara serta retorik ketika rakyat sedang berdepan dengan musibah Covid-19.

“Saya kira cukuplah, patutnya isu peruntukan ini tidak timbul pun. Anda yang hendak bertanding dan berjanji segala macam kemudian bila ada kuasa, anda bagi pula pelbagai alasan retorik mengapa anda tidak boleh berjuang untuk pengundi anda.

“Misalnya saya di Tanjong Karang dahulu kekurangan peruntukan, tetapi program dan bantuan kepada rakyat tetap berjalan seperti biasa.

“Janganlah apabila ada kuasa tak mahu buat, tapi apabila hilang kuasa baru hendak buat (peruntukan sama rata semua ahli Parlimen),” ujarnya. – MalaysiaGazette

Kami guna wang sendiri – Sivakumar

1 Komen

  1. P unah H arapan meneruskan lagenda paku dulang paku serpih….Mengata / mengencing orang mereka yang lebih…

    “Apa yang berlaku ini adil dan PAKATAN HANCING kena ingat semasa mereka berkuasa dulu inilah yang dilakukan mereka (peruntukan ahli Parlimen pembangkang dikurangkan),” Noh Omar

Comments are closed.