Temubual bersama Pemegang Amanah Kuil Sri Mahamariamman, Datuk Sivakumar Nadraja di Pertubuhan Kebajikan Kanak-Kanak Heavenly, Puchong, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 08 NOVEMBER 2020.

KUALA LUMPUR – Dakwaan Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh bahawa peruntukan Ahli Parlimen yang diberi Kerajaan Persekutuan kini diambil parti politik kerajaan adalah tidak berasas.

Ketua Bahagian MIC Segambut, Datuk Sivakumar Nadraja berkata, tuduhan liar itu bertujuan untuk meningkatkan rasa benci dan tidak puas hati penduduk kepada kerajaan.

Tambahnya, beliau hairan bagaimana Hannah yang juga bekas Timbalan Menteri Wanita mampu melemparkan tuduhan sesuka hati untuk melepaskan diri dari tanggungjawab terhadap pengundi Segambut.

“Kata Hannah kononnya semua parti politik kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah menerima peruntukan berjuta ringgit sehingga menyebabkan dirinya sebagai Ahli Parlimen tidak terima apa-apa.

“Pelik juga saya dengar kerana setahu saya MIC tidak pula dapat apa-apa seperti dakwaan Hannah. Saya guna dana sendiri ketika musim Pelaksanaan Perintah Kawalan (PKP) yang pertama dan kedua.

“Langsung tidak nampak batang hidung Hannah juga selama itu. Malah sejak saya jadi Ketua Bahagian MIC Segambut pada 2018, saya juga tidak pernah nampak beliau,” katanya.

Hannah menerusi laman Facebooknya menyatakan tidak menerima peruntukan sebanyak RM300,000 setahun untuk pusat khidmatnya yang membabitkan gaji kakitangan, sewa pejabat, pembayaran bil utiliti dan perrbelanjaan sejak Januari lalu.

Berikutan itu Hannah memohon bantuan umum untuk menderma bagi membolehkan beliau memberi khidmat terbaik untuk penduduk Segambut pada tahun ini.

Menurut beliau, selain daripada peruntukan seseorang wakil rakyat perlu mempunyai komitmen untuk membantu rakyat dan Hannah hanya bising setelah tidak mempunyai kuasa.

Sementara itu, Sivakumar memberitahu, tuduhan Hannah lebih bersifat untuk menjatuhkan kredibliti kerajaan dan beliau tidak banyak menyumbang kepada penduduk di kawasan Parlimennya.

“Kami menggunakan wang sendiri, jadi mana datangnya kiraan juta oleh beliau? Hannah juga perlu beringat, sampai bila-bila anda tidak boleh retorik seperti ini.

“Rakyat tidak boleh terus diperbodohkan seperti ini pada setiap masa, ini musim Covid-19 dan mereka hanya hendak perhatian kita bukan main politik sepanjang masa,” katanya. -MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Sivakumat, you tak nampak Hannah sbb dia kerja orang tak perlu tengok. Kalau you buat kerja, semua orang termasuk berita akan raising seluruh Malaysia. Ini beza dedikasi dengan nak tunjuk.

  2. Bodoh sangat gangster MIC ni. Hannah ialah ahli parlimen yang dipilih oleh rakyat yang juga pembayar cukai. Kalau peruntukan yang patut diberi kepada ahli parlimen tidak diterima, apa salah Hannah mempersoalkan isu ni?

    I memang OK kalau semua ahli MIC/MCA orang kaya raya yg suka guna duit sendiri untuk bantu rakyat. Tapi hakikatnya, rakyat bukan bodoh sampai tak tahu semua wang ni dari mana.

Comments are closed.