Kolonel Turki Al-Maliki.

RIYADH – Perikatan Arab memintas dan memusnahkan empat dron yang dilancarkan kumpulan militan, Houthi, di Yaman ke arah Arab Saudi.

Dron-dron tersebut dihantar ‘secara sengaja dan dalam keadaan yang sistematik yang menyasarkan orang awam dan kawasan awam di wilayah selatan’, kata jurucakap perikatan Arab, Kolonel Turki Al-Maliki.

Tiga buah dron ditembak jatuh pada petang semalam, lapor Saudi Press Agency.

Sebuah lagi dron yang dilancarkan terhadap Arab Saudi dipintas pada awal pagi.

Al Maliki berkata, serangan tersebut mengancam wilayah itu selain mengancam keselamatan antarabangsa.

“Perikatan ini mengambil langkah untuk meneutralkan dan memusnahkan keupayaan spesifik militan Houthi menurut undang-undang kemanusiaan antarabangsa,” tambah beliau.

Kumpulan militan itu yang disokong Iran telah meningkatkan penggunaan dron selbagai senjata selain peluru berpandu balisitik menyasarkan Arab Saudi.

Tehran dituduh membekalkan senjata atau membantu pembangunan kumpulan militan itu.

Peperangan di Yaman bermula selepas kumpulan Houthi mengusir Presiden Abed Rabbo Mansour Hadi yang diiktiraf Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dari ibu negara, Sanaa, pada 2014.

Perikutan itu, termasuk Arab Saudi, campur tangan apabila kumpulan Houthi menawan Aden yang terletak di selatan Yaman. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast