UEM Sunrise akan menganjurkan kempen bertemakan #MustCariOng (MCO).

KUALA LUMPUR – Pemaju hartanah, United Engineers Malaysia (UEM Sunrise Berhad), melancarkan kempen Tahun Baru Cina pembelian rumah dengan langkah yang mudah serta cabutan bertuah bernilai RM38,888.

Sebagai salah satu langkah untuk menceriakan orang ramai semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), UEM Sunrise menganjurkan kempen bertema ‘#MustCariOng (MCO)’ dengan aktiviti-aktiviti digital yang akan mencuit hati para pembeli rumah dan masyarakat secara amnya.

Ketua Pegawai Pemasarannya, Kenny Wong berkata, walaupun PKP dilaksanakan, UEM Sunrise masih berhasrat untuk menyemarakkan semangat perayaan Tahun Baru Cina kepada orang ramai dan pelanggan-pelanggannya dengan hadiah yang menarik dan paparan digital yang menyeronokkan.

Ketua Pegawai Pemasaran UEM Sunrise, Kenny Wong

“Dengan kempen ‘The Happy Chase’ yang dilancarkan dengan jayanya pada tahun lepas, UEM Sunrise ingin meneruskan dalam memberi peluang kepada orang ramai untuk membeli rumah idaman mereka melalui proses pembelian yang lebih mudah, sama ada mereka pembeli rumah pertama, ataupun mereka yang sudah berpengalaman.

“Sempena Tahun Baru Cina ini, kami juga akan menganjurkan Rumah Terbuka yang bercirikan penjarakan fizikal, iaitu acara maya di mana pelawat dalam talian boleh meneroka projek-projek tertentu dalam pencarian rumah impian mereka.

“Pelanggan boleh membuat lawatan maya ke bilik-bilik yang berbeza, diiringi dengan avatar maya iaitu ‘Ketua Pegawai Kebahagiaan’,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, para pembeli rumah berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik, termasuk Thermomix TM6, iPhone 12, atau rebat angpow bernilai sehingga RM38,888 dari pembelian rumah UEM Sunrise seterusnya dalam cabutan bertuah Tahun Baru Cina setelah menandatangani Perjanjian Jual Beli (SPA) sebelum 31 Mac ini.

Selain daripada hadiah-hadiah yang menarik, UEM akan berkolaborasi bersama pelawak, Harvinth Skin, dalam siri video yang akan memaparkan beliau sebagai seorang pakar Feng Sui – Master See Beh Huat.

‘Pakar Feng Shui berbangsa India #1’ ini akan berkongsi pendapat bagaimana untuk mencari kesejahteraan, tuah dan kebahagiaan pada Tahun Lembu dalam horoskop Cina melalui tip reka bentuk dalaman dan hartanah.

Semua ini akan disampaikan dalam video-video yang penuh dengan lawak jenaka, dan dijamin mencuit hati penonton.

Tambahan lagi, untuk kempen #MustCariOng, UEM juga menawarkan proses pembelian rumah yang lebih mudah dengan pengecualian yuran guaman untuk Surat Perjanjian Jual Beli dan pinjaman bank, serta pengecualian cukai setem di bawah Kempen Pemilikan Rumah 2.0 bagi 18 projek yang berkualiti tinggi di wilayah selatan dan tengah.

Para pembeli rumah yang bertuah dalam projek yang terpilih juga akan menikmati pengecualian yuran penyelenggaraan selama dua tahun dan langganan jalur lebar TM Unifi percuma selama 24 bulan bermula pada tarikh Serahan Milikan Kosong.

Bagaimanapun, orang awam juga ditawarkan hadiah yang menarik  dengan hanya perlu menjawab beberapa soalan bertemakan Tahun Baru Cina dalam ‘Kuiz Huat’ serta boleh memenangi salah satu daripada 100 baucer e-dompet Touch N’ Go bernilai RM10.

Antara produk-produk yang akan ditawarkan sempena kempen ini termasuk Residensi AVA, Solaris Parq, Allevia dan KAIA Heights di wilayah tengah, dan Aspira ParkHomes serta Senadi Hills di Iskandar Puteri, Johor.

Para pembeli rumah boleh mengambil peluang keemasan ini untuk memulakan proses pembelian rumah idaman UEM sambil berpeluang memenangi hadiah-hadiah yang lumayan.

Anda boleh layari laman web www.uemsunrise.com/must-cari-ong untuk menyertai Rumah Terbuka Tahun Baru Cina maya UEM Sunrise dan mengambil bahagian dalam Kuiz Huat.

Kempen #MustCariOng akan berakhir pada 31 Mac 2021, dengan 18 pembangunan yang menarik di wilayah tengah dan selatan. -MalaysiaGazette