MGNews : 8,000 Unit Residensi Prihatin Bakal Dibina Buat Penduduk KL – Annuar Musa

KUALA LUMPUR – Selepas mengumumkan projek pembinaan Residensi Prihatin membabitkan 12,000 unit di sekitar Putrajaya pada 22 Februari ini, Kementeri Wilayah Persekutuan (KWP) sedang merancang untuk membina 8,000 unit rumah sama di Wilayah Persekutuan.

Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata 8,000 unit rumah itu melibatkan lima pemaju yang akan dibangunkan di beberapa kawasan di ibu negara.