Covid-19 vaccine cancer survivors people with disabilities

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih mencari sukarelawan untuk menjalani kajian klinikal fasa 3, vaksin Covid-19 di beberapa hospital.

Dalam satu kenyataan KKM memaklumkan, sehingga kini lebih 7,000 orang telah menghubungi hospital terlibat dan seramai 990 telah bersetuju untuk menyertai kajian itu.

Daripada jumlah itu, 208 sukarelawan telah pun menerima dos pertama, katanya.

“Jika anda berusia 18 tahun ke atas dan sihat, anda amat dialu-alukan untuk menyertai kajian ini,” demikian menurut kenyataan itu.

Katanya, antara hospital-hospital yang terlibat dengan kajian itu iaitu Hospital Ampang, Hospital Umum Sarawak, Hospital Pulau Pinang, Hospital Seberang Jaya, Hospital Sultanah Bahiyah, Hospital Raja Permaisuri Bainun, Hospital Taiping, Hospital Sungai Buloh dan Hospital Sultan Abdul Halim.

Sehubungan itu, orang ramai yang berminat boleh menghubungi hospital terlibat yang berdekatan untuk tujuan pendaftaran.

Bagi individu yang menghadapi sebarang persoalan mereka boleh merujuk pautan https://cutt.ly/ICRcovidVacFAQ. – MalaysiaGazette