Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Asyraf Wajdi Dusuki.
KUALA LUMPUR – Pemuda UMNO berharap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang baharu dilantik mampu menyelami dan memahami suara hati rakyat.
Dan, bukan sekadar indah khabar dari rupa sahaja, kata Datuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki sambil mengalu-alukan berita pertukaran tersebut.
”Sebaliknya kepimpinan baharu KWSP mestilah benar-benar mampu menyelami dan memahami suara hati rakyat yang amat berharap agar mereka dapat mengeluarkan wang simpanan mereka tanpa syarat dan tanpa kriteria yang menyusahkan di kala suasana luar biasa pandemik ketika ini.
Extraordinary situation requires extraordinary measures (keadaan luar biasa memerlukan pendekatan luar biasa),” katanya.
Hari ini, KWSP mengesahkan spekulasi tentang perubahan jawatan CEO KWSP dengan mengumumkan Datuk Seri Amir Hamzah sebagai pengganti Tunku Alizakri Alias. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast