Asyraf Wajdi Dusuki
KUALA LUMPUR – i-Sinar atau i-kecewa?.
Itu pertanyaan oleh Datuk Dr Asyraf Wajdi selepas Pergerakan Pemuda UMNO menerima banyak keluhan rakyat yang hampa kerana permohonan mereka ditolak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Pihaknya menuntut janji KWSP dan kerajaan untuk mempermudahkan urusan rakyat untuk mengeluarkan duit simpanan mereka sendiri.
”Di mana janji kerajaan yang memberi jaminan bahawa isu KWSP tanpa syarat/kriteria masih boleh dirundingi ketika mahu bajet diluluskan di Parlimen tempoh hari?” soalnya.
Kata Asyraf, rakyat tidak akan marah dan menuntut jika bukan kerana situasi mendesak ketika ini tatkala pandemik Covid-19  benar-benar memberi kesan terhadap kelangsungan hidup mereka.
Lantaran itu, Pemuda UMNO mendesak KWSP tampil segera untuk memberi penjelasan mengenai isu ramai pencarum mendakwa permohonan mereka untuk mendapatkan i-Sinar ditolak. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Ya. Tiada lebih baik dr BN. PN cuma kasi rm500. Itu pun tapis sakan. BN dulu kasi rakyat rm1000 satu famili xyah susah2. Pastu dia sebat RM 30bil utk famili dia.. terbaikkk lah BN.

Comments are closed.